Sunday, December 4, 2016

Resepi Baby 10 bulan

Menu untuk 3 askar hari ini :

Sup Sayur Campur dengan Ikan
(Hidangan untuk 3-4 orang)

1 potong isi ikan tenggiri tanpa tulang
3 batang kacang buncis
- dicincang halus
40g lobak merah
- dicincang halus
1 biji tomato - dicincang halus
Setengah biji ubi kentang
- dicincang halus
5 g (1 ulas) bawang putih -dicincang halus
Lebih kurang 3 cawan stok ikan bilis
2 sudu teh minyak sayuran

Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
2. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
4. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.

***untuk Ariqin, hidang dengan nasi lembik. Abang2 dia makan dengan nasi biasa kuah banjir. Memang sedap. Sesuai la kalau anak susah nak makan sayur. Dia telan je tak banyak tanya. Hehehee



0 love notes: