Sunday, December 4, 2016

Resepi Baby 10 bulan

Menu untuk 3 askar hari ini :

Sup Sayur Campur dengan Ikan
(Hidangan untuk 3-4 orang)

1 potong isi ikan tenggiri tanpa tulang
3 batang kacang buncis
- dicincang halus
40g lobak merah
- dicincang halus
1 biji tomato - dicincang halus
Setengah biji ubi kentang
- dicincang halus
5 g (1 ulas) bawang putih -dicincang halus
Lebih kurang 3 cawan stok ikan bilis
2 sudu teh minyak sayuran

Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
2. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
4. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.

***untuk Ariqin, hidang dengan nasi lembik. Abang2 dia makan dengan nasi biasa kuah banjir. Memang sedap. Sesuai la kalau anak susah nak makan sayur. Dia telan je tak banyak tanya. Hehehee



Monday, September 5, 2016

Cantum Hati

Aku peluk erat sebuah gelas
Takut terlepas, pecah
Rupanya terlalu kuat tak sedar
Sampai berderai dalam dakap
Seolah ada yang berteriakan dari dalam,
Bising
Tapi ombak sentiasa selari
Pasir pula tak pernah berbunyi, harmoni
Takut malam sebab gelap
Seolah siang tak pernah jahat
Yang kau nampak hanya hitam yang laknat
Dan bintang yang banyak takkan pernah cukup
Sebab yang terang bersinar
Itu bulan yang kau sembah
Padahal bintang itu yang lagi jauh
Lagi banyak gusar
Sangat kuat lelah
Kerna mencuba kuat bercahaya
Tapi takkan pernah berjaya
Sebab itu bulan yang kau puja
Bodoh, bintang bodoh
Seolah berlari kecil atau berlari erat
Kalau jatuh tersungkur juga
Yang sakit hanya aku yang rasa
Yang lain hanya akan bersorak dan gembira
Sebab yang koyak itu aku
Bukan mereka
Aku ambil gelas tadi
Aku cuba cantum dengan rapi
Masih ada yakin, masih ada hati
Tapi sempurna kembalikah gelas itu nanti?
Takkan
Sebab yang sempurna hanya,
Tuhan
***Credit to Farah Lee

Monday, January 4, 2016

Cerita Tadika 2016

Tahun ni tukar tadika. Bangun pagi, mood ok. Pakai uniform baru,merah menyala lagi. Si abang semangat bukan main, sampai tadika je, terus tanya "mummy tunggu kita kan?". Muka pun dah lain macam. Nak pakai beg pun badan dah keras kejung.

Sampai depan tadika, amek gambar jap. Dah tak nak pandang camera. Ok fine. Confirm akan ada drama ni. Masuk tadika terus hujan ribut petir segala bagai.

Bapak nya sebok nak tunggu pujuk2. Mak nya malas nak layan drama, cepat2 angkat kaki. Teacher pun dah inform awal2, parents tak boleh tunggu.

Si adik ok cool rilexxx je layan cartoon dengan kawan2 baru.

Good luck & have fun kids!





Tuesday, November 17, 2015

Baked Macaroni and Cheese

Resepi dari Kak Tahrunnisah di FB. Dah penah try. Sedap. Cuma tak ambil gambar. Gambar-gambar di bawah adalah gambar dari Kak Tahrunnisah sendiri. Simpan sini untuk rujukan, sebelum hilang. Hehe





Sepeket macaroni (rebus seperti yang diarahkan dlm pek tu) letak garam dan minyak sewaktu rebus
SOS BECHAMEL (SOS PUTIH)
3 sudu besar butter
2 1/2 cawan susu segar (630ml)
3 sudu besar tepung gandum
1/2 @ 1 sudu kecil lada sulah
garam/perisa
keju cheddar (terpulang nak isi atau tidak)

Caranya..
1. Masukkan butter dalam periuk. Panaskan butter. Kemudian masukkan tepung
gandum tadi.. cepat2 kacau biar sekata.
Kemudian tuangkan susu segar.
Kacau sentiasa supaya tak berkerak bahagian bawah sehingga mendidih.
kepekatannya sos ni agak pekat sikit. Guna api sederhana panas ye..
2. Kemudian masukkan lada sulah, garam dan cheddar siap.

SOS MERAH
1 biji bawang besar warna putih (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
sos prego (pasta)
cendawan butang
daging hancur/kisar
cili blend sedikit kalau nak rasa pedas
sos cili...
1/2 @ 1 sudu kecil serbuk oregano
2 biji telur.

Caranya
1. Panaskan minyak..Masukkan bawang besar yang telah di potong dadu dan bawang putih juga sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar...
2. Agak2 dah masak daging .masukkan sos prego, cili dan cili sos, cendawan dan perasa...serbuk origano.
3.. Masukkan pula macaroni yang dah siap direbus..Kacau sebati dan pecahkan telur dalam macaroni tu dan kacau..terus tutup api

CARA MELAPIS
Terlebih dahulu panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit)
1. Dalam bekas tahan panas..masukkan macaroni goreng tadi kemudian tabur
mozarella cheese atasnya..
2. Kemudian letakkan pula sos putih atas cheese tadi...tutup permukaan dgn sos
putih
3. Akhir sekali tabur dengan mozarella cheese ..lagi banyak lagi bertali hasilnya.
4. Tabur dengan sedikit serbuk origano atas cheese tadi
5. Bakar macaroni and cheese dalam oven suhu 170 c selama 30 minit
menggunakan api atas bawah sehingga permukaan kekuningan...(saya letak
pada rak tengah dalam oven)
6. Siap boleh la dimakan bersama sos jika suka

Sup Sayur

Resepi sup sayur + telur favourite Qays. Dia suka makan sup2 je. Tak ada sup tak nak makan.

"Kita tak nak nasi kicap."
Abang dia suka kicap. Heeeee



Bahan-bahan (untuk 1-2 orang makan) :

Telur
Isi dada ayam
Sayur (selalu guna spinach & carrot)
1 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang Merah
Sedikit Halia
Cili Merah (kadang2 tak letak)
Limau Kasturi
Garam
Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)
Air

Cara:

Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.
Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.
Masukkan sayur.
Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.
Siap!

Kalau mak dia makan, bagi sambal belacan + ikan masin sekali, mmg licin 😊😊

Tuesday, August 18, 2015

SOLD - Deep Freezer Faber Preloved

Brand : Faber
Model : FZ128
Capacity : 100L (Full capacity 128L)

Condition : 9/10.
Digunakan untum simpan susu ibu (breastmilk) dan makanan bayi sahaja. Tiada bahan makanan mentah.

Tempoh guna : Hampir 2 tahun.

Harga : RM 500 (beli pada harga RM 700++)

Lokasi : Bandar Baru Bangi, Selangor.

Nota : Ambil sendiri di Bandar Baru Bangi. Tiada penghantaran di sediakan.



Saturday, December 6, 2014

DRAFT TERDAHULU

INI POST YANG DAH LAMA, TAK PASTI KENAPA TAK PUBLISH.
Tapi nak publish juga sekarang. Antara kenangan pahit dalam hidup...

--------------------------------------

pagi tadi, menjenguk office arwah ayah......

ade beberapa surat untuk office, bil elektrik, bil telefon, bil air etc...

saat menjejakkan tapak kaki ke dalam office, terasa hiba yang teramat sangat. cuba kawal perasaan agar tidak menampakkan riak wajah sedih. terpampang white board, ada tersenarai bebarapa nama projek, ade nama arwah dan juga no h/p arwah. sape pulak yang tulis besar2 no h/p bos kat white board tu, ckp dalam hati.

office macam dah jadi stor, sebab banyak meja2 dari pejabat sebelah dipindahkan ke situ. pejabat sebelah kami dah sewa kan kepada orang. meja2 agak berhabuk, berdebu. letakkan Aariz, biar die jalan2 keliling tengok office arwah atuk dia.

terus masuk bilik arwah, tutup pintu. terdiam sejenak..berterabur..bersepah2. terpandang sofa yang dulu selalu menjadi tempat saya melepak/baring setiap kali datang ke office. pergi ke satu sudut, ada 4 cabinet file. atas cabinet, ada beberapa bingkai gambar arwah. cuba lagi kawal perasaan agar tidak menangis.

pergi pulak ke meja arwah, meja yang menabur bakti sejak syarikat ditubuhkan. tidak pernah ditukar, walaupun nampak agak tidak cantik sebab dah terlalu lama. arwah sangat berjimat cermat, sampaikan meja sendiri pun tidak mahu tukar!

ada 2 telefon yang sangat canggih di atas meja tersebut. dibeli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bayangkan sahaja berapa kos untuk membeli hampir sepuluh telefon sebegitu. akhirnya, telefon canggigh itu tidak digunapakai! 

saya duduk dekat meja arwah, pusing2 kerusi, tengok keliling bilik yang besar, tetapi kosong! tengok beberapa dokumen atas meja, tanpa disedari, air mata menitis. betapa saya merindui arwah. alangkah bagus nya kalau bilik ini seperti dahulu. lihatlah apa yang telah KAU lakukan pada hasil titik peluh arwah. musnah, lingkup dalam sekelip mata.


***** sukar untuk memaafkan dan melupakan *****

RESEPI ROTI SARANG LEBAH

Sekarang tengah musim ROTI SARANG LEBAH. Ramai juga nampak kawan-kawan jual roti ni. Last 3 weeks joined class meroti & memasak sikit. Salah satu menu dia Roti Sarang Lebah + Sos Butterscotch. Kertas resepi yang dia bagi ni dah hampir lunyai. Elok sangat la transfer ke blog sebelum hilang/terbuang. Hehehe

Roti yang dibuat masa class hari tu sangat-sangat lembut! 1st time makan roti selembut tu. Maybe sebab fresh sangat, baru keluar oven, terus makan. OMG!!! Teringat pulak kegebuan roti tu.

Roti ni dibuat,uli dan bakar dalam 1 bread maker brand Noxxa under Amway. Special nya Noxxa Bread Maker ni compared to bread maker lain, berfungsi 3 dalam 1 ; sebagai bread maker, electric oven dan toaster. Dah boleh pencen beli gardenia/pegi kedai roti lepas ni. TAPI haruslah rajin merotiiii. hehehe


Anyway, ni resepi ROTI SARANG LEBAH :)

Bahan-bahan untuk bun 

1 cawan air sejuk (air dari peti sejuk ok) 250ml
1 sudu kecil garam
4 sudu gula
2 sudu besar susu tepung (any brand. Fernleaf/dutch lady pun ok. Bukan susu budak-budak)
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
500gm tepung
1 paket yis Mauripan

Bahan-bahan untuk Sos Butterscotch

1 tin susu cair
1/2 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter


Cara-cara membuat roti
  1. Masuk semua bahan ke dalam bekas roti, mengikut turutan di atas. JANGAN kacau. 
  2. Masukkan bekas roti ke dalam oven Noxxa sehingga ada bunyi 'Klik'.
  3. Pasang plug (ni pun masuk dalam cara-cara ke? hahahhaa)
  4. Tekan butang ROTI dan set program #10
  5. Tekan butang START. Setelan 1/2 jam, doh akan ready.
  6. Biarkan doh naik dalam 1/2 jam lagi.
  7. Bentukkan doh menjadi bentuk bun dan susun dalam tray yang telah disapu mentega. 
  8. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi.
  9. Pre heat bread maker dengan menekan butang OVEN selama 5 minit pada suhu 180 celcius.
  10. Setelah pre heat, bakar selama 17 minit suhu 180 celcius.


Cara-cara membuat Sos Butterscotch.
  1. Satukan butter dan gula. Masak atas api perlahan sambil dikacau. 
  2. Apabila mula larut (masih ada gula belum habis larut pun tak apa), masukkan sedikit demi sedikit susu cair dan kacau rata. Buat sehingga susu cair tadi habis.
  3. Masak dan kacau sehingga gula larut kesemuanya. Kat stage ni, kena extra careful, make sure sos tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kena pandai agak untuk dapatkan tekstur yang ngam. Kalau cair sangat, nanti bila tuang atas roti, tak cantik. Pekat sangat pun tak cantik. 
  4. Angkat dan sejukkan butterscotch supaya lebih pekat.
  5. Boleh lah curahkan sos butterscotch ni kat atas roti tadi. SIAP!

Last week sempat buat demo di rumah untuk family mertua cara guna bread maker ni. Kali ni buat loaf pula. 2 jam tempoh masak. Kali pertama seumur hidup makan roti fresh macam ni, makan panas-panas..lembut tak yah cakap la kan.


Wednesday, November 26, 2014

Tadika, Nursery dan Anak

Tahun depan my boys dah boleh masuk tadika. Hantar dua-dua sekali..adik 4 tahun (26.12 nanti baru masuk 3 tahun..hehe) dan abang 5 tahun. Sebelum ni pun dah macam-macam budak-budak ni belajar dekat playschool.

Alhamdulillah dapat nursery yang ajar banyak benda yang mak dia ni sendiri tak dapat (tak sempat ke?) nak ajar dekat rumah. Nursery ni combo sekali dengan tadika..so maybe cikgu-cikgu dia ajar sekali semua budak kat nursery.

Nursery ni depan rumah je. Keluar gate rumah, lintas jalan,masuk gate nursery. Pusat Jagaan Comel Sayang nama nursery. Tadika dia pula Taski/Tadika Comel Sayang. Qays masuk nursery ni seawal dia 2 bulan, habis pantang naik kerja so memang ni lah nursery yang jadi pilihan sebab depan rumah.
So far saya sangat puas hati dengan nursery ni. Hari-hari bangun tidur semua sebok nak pegi school. Seronok sangat agaknya. Kecuali sabtu ahad..dia tau-tau je kita ni cuti.  Kalau hantar pegi nursery, cepat2 suruh kita balik, dia masuk dalam je dah tak toleh pandang kita dah. Huuuu tapi mak dia senang hati la anak happy pegi nursery kan.

Tahun depan nak masuk tadika, saya tak rasa nak tukar ke tadika lain macam Brainy bunch, smart reader kids etc yang famous2 tu. Tadika ni punya silibus dah cukup baik. Dunia akhirat semua ada. Murid-murid pun tak ramai..cikgu boleh concentrate lebih. Tak sampai 10 orang kot kalau ikut previous batch sebab boleh nampak setiap kali majlis ihtifal di hujung tahun. Aariz dan Qays selalu perform bila abang kakak tadika tu grad. Hehe



Urmmm tak sabar nak tengok anak-anak pakai uniform next year. Apa rupa agaknya :D